Tuesday, 26 June 2012

Lelaki Tak Solat Jumaat sebab Uzur 18

Solat Jumaat
Assalamualaikum.. Untuk pengetahuan semua, kat office aku ni setiap pagi Jumaat akan ada seorang ustaz yang dijemput khas memberi tazkirah. Antara pengisian daripada tazkirah pagi tadi adalah berkenaan lelaki tak solat Jumaat sebab uzur. Walaupun solat Jumaat tu wajib bagi kaum lelaki, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang dibolehkan bagi seseorang lelaki itu tak pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Dia dibolehkan ‘cuti’ daripada solat Jumaat, TAPI haruslah digantikannya dengan solat Zohor.
Dibolehkan bagi lelaki untuk tidak menunaikan solat Jumaat disebabkan uzur. Uzur lelaki bukan sebab ‘datang bulan’ macam perempuan. Uzur bagi lelaki yang dimaksudkan adalah:

  • dalam keadaan sakit yang amat sangat sampai tak mampu untuk mengerjakan solat
  • tertidur atau pengsan
  • terpaksa menjaga orang yang sakit tenat
  • urusan kerja yang amat kritikal membabitkan keselamatan nyawa dan negara
  • hujan yang sangat lebat atau ribut taufan yang besar menjadi penghalang untuk ke masjid
  • dalam keadaan bermusafir
     
Tapi lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang ada je yang berlakon kononnya tak boleh pergi solat Jumaat sebab uzur. Dalam hal ni, kita tak boleh menipu. Kalau menipu, Allah itu Maha Mengetahui. Nabi Muhammad SAW juga ada memberitahu jika 3 kali berturut-turut seseorang lelaki itu tidak mengerjakan solat Jumaat, maka lelaki itu adalah munafik atau bukanlah seorang Islam. Allah SWT juga akan tutup pintu hati mereka.
Wallahu a’lam…

No comments:

Post a Comment